Teknik Bertanya Prompt dengan Berkesan

27 Julai 2025 | Aktiviti Terkini

Tarikh: Sabtu, 26 Julai
Tempat: Perpustakaan Negeri Perlis
Masa: 9.30 pagi – 12.00 tengah hari & 3.00 petang – 4.30 petang
Anjuran: Perpustakaan Negeri Perlis

Aktiviti Pagi (9.30 pagi – 12.00 tengah hari):
NADI telah membuka booth pameran sempena Pesta Buku yang berlangsung di Perpustakaan Negeri Perlis. Antara pengisian utama booth ialah:
• Pendaftaran ahli NADI
• Pameran maklumat berkaitan ICT dan perkhidmatan NADI
• Kuiz “Internet Selamat” untuk pengunjung
• Perkhidmatan asas saringan kesihatan

Aktiviti ini mendapat sambutan menggalakkan daripada pengunjung, termasuk keluarga dan pelajar sekolah.
Aktiviti Petang (3.00 petang – 4.30 petang):
Anggota NADI telah mengadakan satu sesi taklimat bertajuk “Teknik Bertanya Prompt dengan Berkesan” yang memberi pendedahan kepada peserta tentang cara menggunakan teknologi AI (seperti ChatGPT) secara lebih produktif dan interaktif. Sesi ini turut merangkumi demonstrasi dan contoh penggunaan sebenar dalam konteks pembelajaran dan pekerjaan.

Penyertaan dalam program ini membantu mempromosi peranan dan perkhidmatan NADI kepada masyarakat umum, di samping memberi nilai tambah melalui perkongsian ilmu teknologi terkini. Ia juga memperkukuh hubungan antara NADI dan komuniti setempat, sejajar dengan matlamat meningkatkan literasi digital dan kesedaran kesihatan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali